Friday, April 6, 2012

Kilatan saya di UMPAN April-Jun

Assalammualaikum...

Keratan dari majalah UMPAN. Hasil pertama setelah beberapa minggu belajar casting dari suami. Alhamdulillah lumayan bagi permulaan. Sekitar Disember di Empangan Bukit Kwong. 

Jam 7.30pagi, saya dan suami keluar berdua selepas bersarapan dan destinasi kami kawasan limpahan air dari empangan. Lubuk casting haruan. Saya agak berdebar kerana masih lagi baru dlm dunia angler...balingan gewang pun masih terabur. Saya tuju ke depan, gewang pergi ke kanan...haha. 

Bersama kekili dan rod suami, saya gunakan spinnerbait yakin tidak sangkut di kawasan terbuka ni. Kami casting sekitar kawasan sehingga ke dalam semak ladang kelapa sawit. Tak mendatangkan hasil. Kumpulan anak ikan haruan pun tidak menjamin yang ibunya masih ada di kawasan ini. Kawasan ini memang menjadi tumpuan pemancing, tidak hairan la kalau ikan rasa cukup tertekan. 

Beberapa pemancing lalu dengan motorsikal membawa rod masing-masing dan TIDAKKKKK!!!! Mereka pakai umpan katak betol!!! Issshhh,geli la saya. Berdoa dalam hati pemancing ni tak berhenti dekat2 saya. Mereka berborak dengan suami saya dan tentu saya beranjak jauh dari mereka. Mereka sendiri pun kecundang sejak dari awal pagi. 

Akhirnya saya dan suami putuskan untuk pergi makan!! Kami sangat lapar sekarang, sarapan pagi hanya air, jadi sekarang kami perlukan nasi. Sebelum gerak, saya teringin mencuba dengan umpan katak plastik, warnanya oren. Saya sendiri tak pasti ikan nak ke makan katak ni, tapi suami saya dah dapat byk haruan dengan katak ni, so kene yakin la kan. Rezeki milik Allah diberikan kepada hamba yang dipilih.

Selepas tiga kali balingan, saya syak ada sesuatu yang mengekori katak oren ni. Tiba-tiba, aaaaaaaaaaa menjerit saya terkejut dengan ragutan haruan. Sambil mengarau, saya memanggil suami kerana takut juga nak berdepan dengan hasil tangkapan ini. Takut terlucut...rugi la. Suami membantu apa yang patut dan akhirnya, katak oren di dalam mulut haruan dengan berat 1.3kg. YESSS!!! Alhamdulillah...pose2 ambil gmbar. Kata suami, nanti hantarlah dalam majalah. Pengalaman pertama.

Kali ni, katak real tewas dengan katak plastik. Bukan senang jugak nak dapat seekor haruan. Saat-saat akhir nak putus asa, baru dapat seekor. Jam 10.30 pagi di kedai makan berhampiran kebun getah, rezeki mertuaku terbentang. Org kampung di situ bertanya hasil kami, segan juga suami mencanang yang kali ni dia tewas pada isterinya.

Kembali semula ke port casting tak membuahkan hasil dan jam 12 tengah hari, kami pulang ke rumah. Lenguh juga bahu dan tangan casting hampir 4 jam....

Pada yang tidak tahu, FYI mengilat adalah salah satu teknik pancingan yang menggunakan gewang(ikan, katak, serangga buatan tetapi menyerupai yang semulajadi). Gewang dilempar ke arah sasaran dan dikarau(ditarik dengan pusingan kekili) semula. Pemangsa akan melihat umpan bergerak sebagai mangsa yang harus disambar jika perlu...hehe.

Gambar original

Han-In


Thursday, April 5, 2012

Jejak kaki di Bawah Bayu

Assalammualaikum...

Ditiup bayu lembut menyapa rindu di hati ingin menatap wajah si dia...membawa kaki ke Negeri di Bawah Bayu. Kali pertama d tpt orang buat sy rasa gementar. Suda lama tdk terbang menambahkan lg rasa berdebar, melalui pos imigresen terasa sprti sy ada buat salah. 
Di luar balai ketibaan, wajah kesayangan hamba menanti dengan senyuman, hilang semua perasaan yang tidak enak. Dari airport ke dataran merdeka KK utk menaiki teksi ke Kota Marudu, pekan dipilih Allah SWT sbgai tpt suami tercinta mndapat rezkiNya. Sementara menunggu teksi penuh, sy minta pada pemandu utk menunggu sy mengerjakan solat krna khuatir prjalanan 2 jam mungkin tdk smpat utk sy Asar di KM...kata pemandu, "pergilah,org hendak solat kita x boleh halang". Trsenyum sy dan suami(ad sesuatu trlintas d pkiran kami, tp abaikan je).

Prjalanan 2 jam terasa lama skali apabila pemandangan sgt asing bg sy. Seminggu di KM menyambut aidil adha bersama suami amat bermakna walaupun tidak berjalan kemana2. Yang penting bg sy adalah utk melihat dimana 'port2' memancing suami. Dia bawa sy pusing2 utk meninjau 'port' sekitar KM hinggalah ke Pitas... Sebelum ini hanya melihat dalam Majalah 3, 'bagang' kini depan mata dan agak banyak di perairan dari Dataran Bengkoka. Gerun juga memikirkan penduduk tempatan bermalam di bagang menanti hasil tangkapan bilis yang memuaskan. Bagi kita memang gerun, tp bagi mereka langsung tidak, rezki Allah untuk mereka di situ.
Aidil Adha disana tidaklah meriah seperti di Kelantan, tapi tidakla terasa asing apabila jiran tetangga suami ramah semuanya. Terima kasih buat Kak Laila dan keluarga yang menumpangkan sy di rumah semasa suami ke tempat korban.
Terima kasih sekali lg buat Kak Laila dan keluarga yang membawa sy dan suami ke kaki puncak tertinggi di Asia Tenggara. Tempatnya cantik dan tentulah sejuk. Pendaki2 dari Malaysia dan juga negara asing kelihatan bersemangat memulakan pendakian mereka. Suatu hari nanti sy juga ingin mendaki di gunung ini. Membayangkan disana seperti Cameron Highland pasti akan mengecewakan anda...gerai2 disana tidaklah meriah sprti di tanah tinggi semenanjung. Buah strawberi disana masam dan pastinya tak berbaloi utk dibeli. Sayuran lebih menjadi tumpuan peniaga. Yang pasti sy suka ayam bakar madu di kawasan gerai2 kecil Kundasang.
ayam bakar madu bersama adik Atif
Kabus di kaki Gunung Kinabalu
 Akhirnya tibalah masa utk sy kembali ke Kelantan. Perjalanan ke KK juga terima kasih kepada Kak Laila dan suami yang menghantar sy, ada terselit kisah lucu dan juga gementar. Mana taknya, sekatan polis/JPJ(tak berapa ingat suda) membuat kami semua menarik tali keledar secepatnya. Tapi, ternyata 'road tax' yang menjadi sasaran. Rupanya suda tamat tempoh beberapa hari lepas. Alhamdulillah petugas melepaskan kami tanpa saman(suda tentu dengan syarat cukai jalan diperbaharui selepas ni,hehe).

Terubat suda rindu di hati dan kembali berjauhan memegang status PJJ(perhubungan jarak jauh). Negeri di Bawah Bayu,sy akan kembali dan menetap lebih lama disana. Mudah2an rezki Allah untuk sy juga disana....

Amalan yang perlu kita amalkan

Cara Mengenali Perniagaan Yang Menggunakan Pelaris-

Cara mudahnya nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin), baca Ayat Qursi 3kali di luar dari kedai. Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh pooh kiri pooh kanan.he..he.. Tiup perlahan-lahan sampai habis nafas(mcm ustaz Ismail Kamus ajar)

Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut.

Beberapa cara di bawah bolehlah diamalkan untuk mengelak sihir :-

1) Al-Fatihah.

2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.

Ia berdasarkan hadith :

قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : إقراء قل هو الله أحد , والمعوذتين , حين تمسي و حين تصبح , ثلاث مرات تكفيك من كل شيء ( رواه أبو داود والترمذي )

Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : “Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih.

Wednesday, April 4, 2012

for fun (Han's)

siri ilmu batin
cerita ini adalah benar dan sebenarnya... ia bermula ketika aku mula menjejaki kaki di sabah, iaitu institut perguruan kent, tuaran, sabah.. pada malam kedua aku disana, banyak penjaga dari ilmu2 yang aku pelajari datang bertandang kepadaku,.. antara pertanyaan yang diajukan oleh ketua penjaga ilmu batin kepadaku ialah, betulkah niat untuk menuntut ilmu ini...lama aku berfikir kemudian aku menjawab betul, ia demi masa depan aku juga.. muka penjaga ilmu itu merah menyala, baiklah, jika engkau mahu teruskan dengan niatmu ilmu batin yang yang ada pada dirimu akan tawar, dan lenyap dari dirimu..aku mengukuhkan lari pendirian dengan jawapan aku sanggup.. sebelum aku hilang selama2nya dari menjaga, ini soalan aku aku terakhir, sanggup kamu menuntut ilmu selama satu setengah tahun. soalnya kpdku.. jawapanku masih sama. aku sanggup dan redha, tarik baliklah segala ilmu yg kau berikan kepada..jika aku berjaya aku akan sampaikan ilmu kepada anak2 bangsa.. dengan muka yang meringa ketua penjaga ilmu hilang dalam pandang...sejak itu aku tidak jumpa lagi dengan mana2 penjaga ilmu yang aku datang jumpa aku sebelum ini...


setelah menuntut selama satu setengah tahun akhirnya aku berjaya mendapat ilmu baru bagiku. iaitu ILMU PENDIDIKAN dan akhir aku menjadi guru dan ilmu itu aku sampaikan kepada anak bangsaku semoga ianya tidak lenyap....
[ilmu pendidikan adalah subjek wajib untuk jadi cikgu]
hehe....sori, cerita main2 saja ba!

pengalaman lalu jadi kenangan... (Han's version)

‎2007 Pahang: Dek kerana minat sangat ikut orang memburu, aku bersama beberapa orang rakan yg terdiri dari amit TESL, anjai tibet dan jat budak hitam bertolak dari ukm ke raub menaik motosikal. perjalanan mengambil masa selama 4 jam dan tiba pada jam 4 petang. pemburu (nama terpaksa dirahsia demi keselamatan) menyuruh kami tidur dahulu kerana lepas maghrib barulah bertolak ke hutan. kami akur dan tidur bg melepaskan lelah..

slps maghrib pemburu tersebut menelepon abg dio untuk jadi guide masuk hutan besar kat raub, pemburu ni tak tau jalan. Segala persiapan dibereskan dan kami bertolak dari kg gali kehutan. Perjalanan mengambil masa 1 jam menaik pajero dan 1 jam berjalan kaki. Itupun klu tiada pokok tumbang menghalang laluan. Setelah itu pemandu pajero (anak abg pemburu) pulang dan akan menunggu kami di dekat pekan Raub...

Dipendekkan cerita sampai sahaja perjalanan kami di bukit menangis laluan dan denai agak sukar (namapun bukit menangis) ala2 vertikal. Kami mula memanjat bukit sehingga sampai dipokok besar tiada denai (pokok ditakek-sbgai penanda) hilang. Kami mula turun balik mencari denai tapi tak juga jumpa last2 sampai pokok besar itu juga, 4 kali main turun naik mana tahan beb, mahu menangis rasa.. Keletihan x jumpa denai dicari..kami berehat dan matikan semua lampu. Abang pemburu itu cakap mahu buka jalan minta semua senyap..dalam 2 minit dia membaca ayat2 suci lalu menembak ke langit...dan beberapa minit kemudian abg pemburu suruh kami nyalakan semula lampu..apa lagi dipokok besar (pokok ditakek...) tu denai dicari2 kelihatan 

pemburuan baru dapat dijalankan setelas melepasi bukit menangis, hasilnya 6 ekor pelanduk tumbang.. dalam perjalanan pulang banyak dugaan, lampu semua malap kurang kuasa bateri, kami lari dari masa yang ditetapkan iaitu jam 3 mesti dekat pekan raub tapi sampai jam 6 pagi. oleh kerana bekalan makanan habis terpaksa makan durian muda dikebun siapa ntah...

bila sampai di pekan raub bini dan abang pemburu mengamuk kerana lambat smpai seperti yang dijanjikan.... 
pahit manis alam OUtdoor..(gambar di RR gombakbrehat seketika geli punggung naik ex5 nak gi buru)

1001 malam-Han's version of reality

cerita seribu 1 malam...masih teringat lagi kejadian diatas puncak bukit Muning, Pitas. ak bersama 4 orang rakan keluar meredah hutan menggunakan 4X4.. setelah sampai disana jam ditangan menunjukkan jam pukul 2.30 pagi. oleh kerana penat aku cuba berehat dn tidor tanpa menghiraukan kawan2 yg lain keluar mengambil port untuk mengintai binatang buruan, kot2 ada yang keluar pagi,,,baru aku mahu tidur, tiba2 lembaga hitam berbadan sasa duduk diatas riba aku, ingin aku ambil parang yg tersisip dipinggang tapi dipegan kedua2 tangan oleh lembaga tersebut.. mata dia merenung tepat kearah wajah aku, aku cuba menoleh ke arah lain tapi xdpt digerakkan kepala,, aku membaca ayat kursi didalam hati sehingga habis,,lembaga tersebut melaerai genggamannya ditangan aku dengan perlahan2..beberapa kali membaca ayat kursi akhir ianya lenyap...aku terus keluar dari kereta dan pergi kearah kawan2...lega rasa dapat keluar dari kereta,, Asrul yang ada tempat pemandu pun turut turun juga dan menceritakan kepada rakan tangannya ditarik2,,,

peristiwa malm itu tidak terhenti disitu, semasa pulang seekor burung asyik mengikut perjalanan kami sampai di kem...perjalanan dari muning mahu smpai ke Kem telaga mengambil masa lebih kurang 2 jam.. setiap kali sport light kami menyuluh kearah semak setiap itu ia terbang mengikut kami..
dalam pukul 5 pg lebih, hari mahu siang kami berhenti sekejap mengemas peralatan sport light dan pekakas lain kedalam kotak dan disimpan dibahagian belakang land cruiser ..bila berhenti tiada sudah kelibat burung itu..mungkin mahu siang. di sabah pukul 5 pagi sudah terang benderang. bila sampai kem, rehat sekejap...aku capai rod diatas toyata vigo jimi casting yg ditinggalkan di kem aku casting beberapa minit akhir dapat satu ekor haruan..

jam di telefon menunjukkan pukul 6.45, kami mulai bertolak dari kem telaga untuk balik ke kota marudu. orang lain semua tidur..aku risau jugak tidur takut abang yus mengantuk drive tiada teman berbual..akhir semua selamat sampai dan singgah sekejap di restoran sedia menanti untuk mengambil sarapan.

bila aku sampai dirumah mahu tidur, maklumlah satu malam tak tidur. rasa lain macamlah.. baru mahu terlelap ada pula yang ingin main cakar kat muka,(antara tidur dan sedar) aku cuba mengamati wajahnya tapi kabur. aku baca surah Al ikhlas (baca dalam hati) dia masih lagi mengacau. susah juga dia mahu melepaskan aku. aku membaca lagi ayat kursi akhirnya aku berjaya bebas dari gurauan itu..lantas aku bangun membaca surah an-Nas dan disapu seluruh badan bagi menbuang was2 syaitan...aku tidur balik dia datang lagi..begitu dalam 4,5 dia lepas dan datang...mana tahan hati aku naik seriau lah.. aku on laptop..susun semua surah2 yang ada dalam laptop buka window media player...baru dapat tidur.. sedar2 sudah jam 2 ptg...
jam di telefon menunjukkan pukul 6.45, kami mulai bertolak dari kem telaga untuk balik ke kota marudu. orang lain semua tidur..aku risau jugak tidur takut abang yus mengantuk drive tiada teman berbual..akhir semua selamat sampai dan singgah sekejap di restoran sedia menanti untuk mengambil sarapan.
bila aku sampai dirumah mahu tidur, maklumlah satu malam tak tidur. rasa lain macamlah.. baru mahu terlelap ada pula yang ingin main cakar kat muka,(antara tidur dan sedar) aku cuba mengamati wajahnya tapi kabur. aku baca surah Al ikhlas (baca dalam hati) dia masih lagi mengacau. susah juga dia mahu melepaskan aku. aku membaca lagi ayat kursi akhirnya aku berjaya bebas dari gurauan itu..lantas aku bangun membaca surah an-Nas dan disapu seluruh badan bagi menbuang was2 syaitan...aku tidur balik dia datang lagi..begitu dalam 4,5 dia lepas dan datang...mana tahan hati aku naik seriau lah.. aku on laptop..susun semua surah2 yang ada dalam laptop buka window media player...baru dapat tidur.. sedar2 sudah jam 2 ptg...

(100% dari penulis asal, Sorry for any typing error)

Wednesday, August 25, 2010

Helang turun ke Bumi, Pipit di dalam sangkar, Merpati jinak di rumah

Bismillahirrohmanirrohim...
Assalammualaikum...

Dgn rendah hati, ingin berkongsi corat-coret disini bersama kalian. Perkongsian ini mungkin dariku atau dari suamiku...
Alhamdulillah dpertemukan jodoh melalui FB dgn seorng lelaki yg InsyaAllah mampu membimbingku. Yang lg 'happening' adalah suamiku 'angler' sejati...wlpn baru lg(FYI, baru dlm angling professional), tapi cukup hebat bg sy dgn hasil tangkapnnya. So,one of the main thing yg akn sy share d cni adalah minat kami dlm memancing....
Tarikh keramat, 29 Ramadhan 1432 Hijriah (29 Ogos 2011) disatukan dgn ikatan halal. Saat yg mndebarkan stelah cukup setahun berkenalan dlm FB. Bermula dgn comment brsahaja, approval as fren then chit chat here and there..gado2 sket, decide to end the relationship with a big step, meraih ridho Illahi dlm pernikahan. Sudah termaktub d Luh Mahfuz, tiada keraguan lagi. Alhamdulillah... So,anyone slain sy bertemu jodoh d internet, jgn hairan sbb hanya Allah Maha Mengatahui d skeliling kta. It is possible to happen.
KK n RP x jauh,45min je. So,my routine at least once in 2 weeks, KK-RP-KK. Even hubby duk jauh d rntau orng, mertua dan adik2 ipar tetap dkunjungi. Rumah mertuaku tpt yg best utk lepaskan kesibukan bandar...i LIKE...bonus ada adik ipar ppuan(FYI, my siblings, me and three younger brothers only). Keliling umah, tasek...best place nk ngail ape2 yg ptot...hehe. Knape sy tdk d rntau orng bersama husband?? Still studying and struggling to finish my master. Pasney bolehla follow hubby kemana saja...