Wednesday, April 4, 2012

for fun (Han's)

siri ilmu batin
cerita ini adalah benar dan sebenarnya... ia bermula ketika aku mula menjejaki kaki di sabah, iaitu institut perguruan kent, tuaran, sabah.. pada malam kedua aku disana, banyak penjaga dari ilmu2 yang aku pelajari datang bertandang kepadaku,.. antara pertanyaan yang diajukan oleh ketua penjaga ilmu batin kepadaku ialah, betulkah niat untuk menuntut ilmu ini...lama aku berfikir kemudian aku menjawab betul, ia demi masa depan aku juga.. muka penjaga ilmu itu merah menyala, baiklah, jika engkau mahu teruskan dengan niatmu ilmu batin yang yang ada pada dirimu akan tawar, dan lenyap dari dirimu..aku mengukuhkan lari pendirian dengan jawapan aku sanggup.. sebelum aku hilang selama2nya dari menjaga, ini soalan aku aku terakhir, sanggup kamu menuntut ilmu selama satu setengah tahun. soalnya kpdku.. jawapanku masih sama. aku sanggup dan redha, tarik baliklah segala ilmu yg kau berikan kepada..jika aku berjaya aku akan sampaikan ilmu kepada anak2 bangsa.. dengan muka yang meringa ketua penjaga ilmu hilang dalam pandang...sejak itu aku tidak jumpa lagi dengan mana2 penjaga ilmu yang aku datang jumpa aku sebelum ini...


setelah menuntut selama satu setengah tahun akhirnya aku berjaya mendapat ilmu baru bagiku. iaitu ILMU PENDIDIKAN dan akhir aku menjadi guru dan ilmu itu aku sampaikan kepada anak bangsaku semoga ianya tidak lenyap....
[ilmu pendidikan adalah subjek wajib untuk jadi cikgu]
hehe....sori, cerita main2 saja ba!

No comments:

Post a Comment