Friday, April 6, 2012

Kilatan saya di UMPAN April-Jun

Assalammualaikum...

Keratan dari majalah UMPAN. Hasil pertama setelah beberapa minggu belajar casting dari suami. Alhamdulillah lumayan bagi permulaan. Sekitar Disember di Empangan Bukit Kwong. 

Jam 7.30pagi, saya dan suami keluar berdua selepas bersarapan dan destinasi kami kawasan limpahan air dari empangan. Lubuk casting haruan. Saya agak berdebar kerana masih lagi baru dlm dunia angler...balingan gewang pun masih terabur. Saya tuju ke depan, gewang pergi ke kanan...haha. 

Bersama kekili dan rod suami, saya gunakan spinnerbait yakin tidak sangkut di kawasan terbuka ni. Kami casting sekitar kawasan sehingga ke dalam semak ladang kelapa sawit. Tak mendatangkan hasil. Kumpulan anak ikan haruan pun tidak menjamin yang ibunya masih ada di kawasan ini. Kawasan ini memang menjadi tumpuan pemancing, tidak hairan la kalau ikan rasa cukup tertekan. 

Beberapa pemancing lalu dengan motorsikal membawa rod masing-masing dan TIDAKKKKK!!!! Mereka pakai umpan katak betol!!! Issshhh,geli la saya. Berdoa dalam hati pemancing ni tak berhenti dekat2 saya. Mereka berborak dengan suami saya dan tentu saya beranjak jauh dari mereka. Mereka sendiri pun kecundang sejak dari awal pagi. 

Akhirnya saya dan suami putuskan untuk pergi makan!! Kami sangat lapar sekarang, sarapan pagi hanya air, jadi sekarang kami perlukan nasi. Sebelum gerak, saya teringin mencuba dengan umpan katak plastik, warnanya oren. Saya sendiri tak pasti ikan nak ke makan katak ni, tapi suami saya dah dapat byk haruan dengan katak ni, so kene yakin la kan. Rezeki milik Allah diberikan kepada hamba yang dipilih.

Selepas tiga kali balingan, saya syak ada sesuatu yang mengekori katak oren ni. Tiba-tiba, aaaaaaaaaaa menjerit saya terkejut dengan ragutan haruan. Sambil mengarau, saya memanggil suami kerana takut juga nak berdepan dengan hasil tangkapan ini. Takut terlucut...rugi la. Suami membantu apa yang patut dan akhirnya, katak oren di dalam mulut haruan dengan berat 1.3kg. YESSS!!! Alhamdulillah...pose2 ambil gmbar. Kata suami, nanti hantarlah dalam majalah. Pengalaman pertama.

Kali ni, katak real tewas dengan katak plastik. Bukan senang jugak nak dapat seekor haruan. Saat-saat akhir nak putus asa, baru dapat seekor. Jam 10.30 pagi di kedai makan berhampiran kebun getah, rezeki mertuaku terbentang. Org kampung di situ bertanya hasil kami, segan juga suami mencanang yang kali ni dia tewas pada isterinya.

Kembali semula ke port casting tak membuahkan hasil dan jam 12 tengah hari, kami pulang ke rumah. Lenguh juga bahu dan tangan casting hampir 4 jam....

Pada yang tidak tahu, FYI mengilat adalah salah satu teknik pancingan yang menggunakan gewang(ikan, katak, serangga buatan tetapi menyerupai yang semulajadi). Gewang dilempar ke arah sasaran dan dikarau(ditarik dengan pusingan kekili) semula. Pemangsa akan melihat umpan bergerak sebagai mangsa yang harus disambar jika perlu...hehe.

Gambar original

Han-In


No comments:

Post a Comment