Wednesday, April 4, 2012

pengalaman lalu jadi kenangan... (Han's version)

‎2007 Pahang: Dek kerana minat sangat ikut orang memburu, aku bersama beberapa orang rakan yg terdiri dari amit TESL, anjai tibet dan jat budak hitam bertolak dari ukm ke raub menaik motosikal. perjalanan mengambil masa selama 4 jam dan tiba pada jam 4 petang. pemburu (nama terpaksa dirahsia demi keselamatan) menyuruh kami tidur dahulu kerana lepas maghrib barulah bertolak ke hutan. kami akur dan tidur bg melepaskan lelah..

slps maghrib pemburu tersebut menelepon abg dio untuk jadi guide masuk hutan besar kat raub, pemburu ni tak tau jalan. Segala persiapan dibereskan dan kami bertolak dari kg gali kehutan. Perjalanan mengambil masa 1 jam menaik pajero dan 1 jam berjalan kaki. Itupun klu tiada pokok tumbang menghalang laluan. Setelah itu pemandu pajero (anak abg pemburu) pulang dan akan menunggu kami di dekat pekan Raub...

Dipendekkan cerita sampai sahaja perjalanan kami di bukit menangis laluan dan denai agak sukar (namapun bukit menangis) ala2 vertikal. Kami mula memanjat bukit sehingga sampai dipokok besar tiada denai (pokok ditakek-sbgai penanda) hilang. Kami mula turun balik mencari denai tapi tak juga jumpa last2 sampai pokok besar itu juga, 4 kali main turun naik mana tahan beb, mahu menangis rasa.. Keletihan x jumpa denai dicari..kami berehat dan matikan semua lampu. Abang pemburu itu cakap mahu buka jalan minta semua senyap..dalam 2 minit dia membaca ayat2 suci lalu menembak ke langit...dan beberapa minit kemudian abg pemburu suruh kami nyalakan semula lampu..apa lagi dipokok besar (pokok ditakek...) tu denai dicari2 kelihatan 

pemburuan baru dapat dijalankan setelas melepasi bukit menangis, hasilnya 6 ekor pelanduk tumbang.. dalam perjalanan pulang banyak dugaan, lampu semua malap kurang kuasa bateri, kami lari dari masa yang ditetapkan iaitu jam 3 mesti dekat pekan raub tapi sampai jam 6 pagi. oleh kerana bekalan makanan habis terpaksa makan durian muda dikebun siapa ntah...

bila sampai di pekan raub bini dan abang pemburu mengamuk kerana lambat smpai seperti yang dijanjikan.... 
pahit manis alam OUtdoor..(gambar di RR gombakbrehat seketika geli punggung naik ex5 nak gi buru)

No comments:

Post a Comment