Thursday, April 5, 2012

Jejak kaki di Bawah Bayu

Assalammualaikum...

Ditiup bayu lembut menyapa rindu di hati ingin menatap wajah si dia...membawa kaki ke Negeri di Bawah Bayu. Kali pertama d tpt orang buat sy rasa gementar. Suda lama tdk terbang menambahkan lg rasa berdebar, melalui pos imigresen terasa sprti sy ada buat salah. 
Di luar balai ketibaan, wajah kesayangan hamba menanti dengan senyuman, hilang semua perasaan yang tidak enak. Dari airport ke dataran merdeka KK utk menaiki teksi ke Kota Marudu, pekan dipilih Allah SWT sbgai tpt suami tercinta mndapat rezkiNya. Sementara menunggu teksi penuh, sy minta pada pemandu utk menunggu sy mengerjakan solat krna khuatir prjalanan 2 jam mungkin tdk smpat utk sy Asar di KM...kata pemandu, "pergilah,org hendak solat kita x boleh halang". Trsenyum sy dan suami(ad sesuatu trlintas d pkiran kami, tp abaikan je).

Prjalanan 2 jam terasa lama skali apabila pemandangan sgt asing bg sy. Seminggu di KM menyambut aidil adha bersama suami amat bermakna walaupun tidak berjalan kemana2. Yang penting bg sy adalah utk melihat dimana 'port2' memancing suami. Dia bawa sy pusing2 utk meninjau 'port' sekitar KM hinggalah ke Pitas... Sebelum ini hanya melihat dalam Majalah 3, 'bagang' kini depan mata dan agak banyak di perairan dari Dataran Bengkoka. Gerun juga memikirkan penduduk tempatan bermalam di bagang menanti hasil tangkapan bilis yang memuaskan. Bagi kita memang gerun, tp bagi mereka langsung tidak, rezki Allah untuk mereka di situ.
Aidil Adha disana tidaklah meriah seperti di Kelantan, tapi tidakla terasa asing apabila jiran tetangga suami ramah semuanya. Terima kasih buat Kak Laila dan keluarga yang menumpangkan sy di rumah semasa suami ke tempat korban.
Terima kasih sekali lg buat Kak Laila dan keluarga yang membawa sy dan suami ke kaki puncak tertinggi di Asia Tenggara. Tempatnya cantik dan tentulah sejuk. Pendaki2 dari Malaysia dan juga negara asing kelihatan bersemangat memulakan pendakian mereka. Suatu hari nanti sy juga ingin mendaki di gunung ini. Membayangkan disana seperti Cameron Highland pasti akan mengecewakan anda...gerai2 disana tidaklah meriah sprti di tanah tinggi semenanjung. Buah strawberi disana masam dan pastinya tak berbaloi utk dibeli. Sayuran lebih menjadi tumpuan peniaga. Yang pasti sy suka ayam bakar madu di kawasan gerai2 kecil Kundasang.
ayam bakar madu bersama adik Atif
Kabus di kaki Gunung Kinabalu
 Akhirnya tibalah masa utk sy kembali ke Kelantan. Perjalanan ke KK juga terima kasih kepada Kak Laila dan suami yang menghantar sy, ada terselit kisah lucu dan juga gementar. Mana taknya, sekatan polis/JPJ(tak berapa ingat suda) membuat kami semua menarik tali keledar secepatnya. Tapi, ternyata 'road tax' yang menjadi sasaran. Rupanya suda tamat tempoh beberapa hari lepas. Alhamdulillah petugas melepaskan kami tanpa saman(suda tentu dengan syarat cukai jalan diperbaharui selepas ni,hehe).

Terubat suda rindu di hati dan kembali berjauhan memegang status PJJ(perhubungan jarak jauh). Negeri di Bawah Bayu,sy akan kembali dan menetap lebih lama disana. Mudah2an rezki Allah untuk sy juga disana....

No comments:

Post a Comment